DIAGRAM MATA - bagaimana untuk mengaplikasi eyeshadow dengan sempurna?
Diagram Aplikasi Eyeshadow
PERSEDIAAN MAKEUP & BULU-BULU ROMA HALUS - ;)
Hello Makeup Lovers,
Sudah terlalu lama rasanya saya tidak menulis kerana batasan waktu yang begitu cemburu untuk saya berkongsi cerita-cerita menarik bersama anda. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam menata rias pengantin. KULIT MUKA & PERMUKAANNYA Isu ini seringkali di bincangkan kerana MUKA memainkan peranan yg PALING PENTING dalam setiap tatarias.
Memiliki kulit muka yang licin & gebu memang menjadi idaman setiap wanita, akan tetapi bukan semua wanita bernasib baik dalam hal ini. Untuk mereka yg mempunyai wajah bermasalah, anda harus berterima kasih kepada KRYOLAN kerana produk ini ternyata mempunyai kelebihan tersendiri dalam menyamarkan noda & cela-cela kecil pada raut wajah.Pada sessi kali ini, saya lebih gemar menyentuh mengenai "bulu-bulu roma halus" yang tumbuh di sekitar permukaan muka.
Ada sesetengah anda di luar sana mempunyai bulu roma yang tumbuh lebat di permukaan muka dan ini sedikit menyukarkan anda untuk mengaplikasikan makeup lebih-lebih lagi untuk meratakan "foundation". Pernah saya lihat seorang pengantin yang comel & telah pun di rias oleh Jurusolek yang pakar, akan tetapi tatarias makeup pengantin tersebut bertukar menjadi comot bilamana cuaca terik matahari memancar pada ketika beliau berarak untuk majlis persandingannya.
Setelah diteliti & post mortem saya lakukan, ternyata bulu-bulu halus di permukaan mukanya tidak di buang dan bulu-bulu inilah yang telah menyebabkan foundationnya berbelak dan sekaligus membuatkan mukanya kelihatan comot. Oleh sebab itu, seringkali saya berpesan kepada bakal-bakal pengantin yang ingin mendapatkan khidmat tatarias dari Team Pelamin Cinta agar melakukan "threading" 2 minggu lebih awal untuk menyingkirkan bulu-bulu roma di muka sebelum majlis mereka berlangsung. "BEAUTY IS PAIN" - tidak di nafikan melakukan aplikasi threading sedikit sakit akan tetapi hasilnya amat-amat memuaskan.
Saya juga amat terharu kerana BEYOND OUR EXPECTATION bahawa kursus makeup kami di Kuala Terengganu pada 15 Mei 2009 rupa-rupanya telah di hadiri oleh seorang VVIP. Beliau sungguh "humble" malah tidak ada tanda-tanda seorang VVIP dalam dirinya. Terima Kasih LIYANA atas kesudiaan anda menjadi salah seorang peserta makeup kami...
Sepanjang 2 tahun perjalanan MAKEUPBIZ.NET memang di akui terdapat sedikit kepincangan dalam urusan penghantaran sijil akan tetapi masalah ini telah kami atasi dengan sesegera mungkin. Semoga syarikat comel kami ini akan berkembang maju dengan sokongan & kepercayaan anda terhadap kepakaran kami dalam berkongsi ilmu tatarias bersama anda..
Salam Ceria,
Mel Hatta
Principal
Paparan Gambar ini bukan bermaksud untuk mengaibkan sesiapa... sekadar Contoh Paparan bagaimana sebenarnya Bulu Roma Berpotensi untuk mencacatkan wajah. |
KUDOS HADA.. kerana telah men'transformer'kan gadis ini menjadi awek jelita.